Halaman

Jumaat, 7 Oktober 2016

Mental koyak, kalini aku rebah :')

Image result for trying to wake up from pain

Assalamualaikum, 

Orang? Tetap akan berbicara buruk, tetap akan terus menilai, tetap akan terus menghukum dan tetap akan pandang kesalahan yang telah dibuat. Kita? Diri sendiri yang tanggung semua itu. Diri sendiri yang tetap terus akan dikutuk, diri sendiri yang akan terus dihukum, dan diri sendiri yang akan dipandang rendah oleh orang lain.

Semua orang hanya tahu menilai, menghukum, dan mengata. Ya aku tahu itu memang satu kesalahan. Tetapi aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku bukan maksum yang akan tetap terus baik tanpa dosa. Tolong ingat! Aku manusia, dan kau juga manusia.

Hari ini aku yang telah melakukan kesilapan dan mungkin hari esok kau juga akan melakukan kesilapan dan kau juga akan dihukum. Orang, akan tetap terus dan terus ingat satu kesilapan yang telah dibuat walaupun telah beribu kebaikan yang dicurah dahulu. Nama pun manusia dah memang begitu caranya.

Tetapi tidak adil. Hanya kesalahan aku yang ditunjuk, ditayang, dan diperkatakan oleh semua orang. Kesalahan dibuat untuk mematangkan seseorang dan bukan untuk dijaja oleh semua orang. Sedangkan aku di sini, mencari kembali kekuatan semangat untuk terus hidup menghadap dunia. Ianya mengambil masa yang lama untuk aku kembali kuat, kembali maju terus ke hadapan. Sekali aku jatuh, aku akan terus rebah dan rebah.

Ya, aku tidak layak untuk mempertikaikan apa yang telah terjadi. Sebab aku hanya hamba dan Allah yang telah mengatur segalanya. Aku tahu ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Tetapi, Ya Rabb.. Kau pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk terus kembali bangkit menghadap dunia untuk hari hari yang seterusnya. Aku rasa aku lemah. Tetapi Allah takkan menguji seseorang itu jikalau Dia tahu hambaNya lemah. Jadi? Mungkin aku seorang yang kuat untuk menggalas dugaan kecil ini. 

Aku hanya meluah dalam bentuk coretan.
Salam sayang dari seorang hamba.
Hanya hamba bukan sesiapa :')

Selasa, 19 Januari 2016

Strong.

Assalamualaikum and heyyo to all people :)
Hey there? Sini lah aku nak cerita ^^

Nak tahu kenapa tajuk entry aku kalini macam tu? em em sebab ada kawan aku sorang ni, tanya aku, 'qis, how to be strong? please teach me how to be strong.'

Aku pun dengan perasaan gundah gelananya terus balas, 'kenapa ni? ada masalah ke? cerita la kalau rasa nak share, im here. i can hear you.' alele nampak tak betapa caring nya aku terhadap kawan kawan aku :3 of course la kena caring babe. nama pun kawan kan? ^^

So, setelah berhempas pulas nasihatkan dia supaya dia tabah seperti selalu, aku pun terasa nak share la dekat sini.

Image result for how to be strong tumblr quotes

First, sebagai seorang manusia yang tak pernah lari dari masalah, kita mestilah, hendaklah, haruslah, cuba untuk tidak lari dari masalah. Sebab lari bukan lah jalan penyelesaiannya. Cuba relaks, tenangkan fikiran, tarik nafas hembus nafas, inat Allah, then baru lah boleh fikir untuk cuba selesaikan masalah yang datang.

Second, untuk jadi seorang yang kuat atau lebih dikenali sebagai tabah, kita mestilah, hendaklah, haruslah dan juga sangat sangat mesti cuba tayang muka macam orang takdak masalah. hahaha.  Okay okay. Mungkin orang akan cakap, 'ingat senang ka nak relaks? bukan hg yang rasa. aku yang rasa. hg tak berada di tempat aku' aicehwah, jangan emosi sangat. huhu. kena marah pulak. sobs sobs.Yes. memang aku tak berada di tempat hg dan tak semestinya hg seorang je yang dalam dunia ni yang ada masalah kan? Kalau nak kira manusia dalam dunia ni, sejumlah kecil yang boleh dikatakan kurang masalah. Dahtu, bila ada masalah, cuba la berfikiran positif sikit. Contoh, 'em bukan aku je yang ada masalah. entah entah ada lagi orang yang masalah dia lagi teruk daripada aku. alhamdulillah aku akan cuba selesaikan masalah aku' senyum jangan lupa ya teman teman. Kerana senyum itu adalah salah satu penguat semangat kita :)


Kita tak pernah tau sekuat mana kita dan setabah mana kita, sampai la suatu masa nanti menjadi seorang yang kuat dan juga tabah adalah hanya satu pilihan yang kita ada.

Kita tak boleh nak expect semua orang faham kita. Kita juga tak boleh nak expect manusia manusia di sekeliling kita takkan jadi masalah kepada kita. Manusia ni lain lain weh. Paling senang cakap, manusia ni banyak ragam. So, sebagai salah seorang manusia dalam muka bumi Allah ni, kita kena lah saling memahami, bertolak ansur dan berfikiran positif selalu. Sebab dunia ni bukan syurga dan dunia ni kita kongsi. Kena faham konsep tu ya teman teman :)

Salam sayang, balqisradzi ^^

Selasa, 29 Disember 2015

Oh Allah, protect us :')


Assalamualaikum :)
Long time no see ya? I'm back.

Sejak kebelakangan ni banyak dengar cerita orang kena culik. Allahu, sejujurnya diri ini takut sangat dengan berita berita seperti itu. Mintak mintak dijauhkan. Amin Ya Rab.

So, jangan lah keluar rumah sorang-sorang. Sebelum nak keluar rumah tu baca la doa. Ayat kursi tu haa jangan lupa. Mintak perlindungan daripada Allah.

Tambah tambah lagi perempuan. Ingat, keluar rumah mesti berteman. Jangan bangga diri sangat konon acah berani keluar sorang sorang. *Note to myself too*

Itu je nak pesan. Doa perlindungan diri tu jangan lupa baca. Allah sebaik baik pelindung :)

Till we meet again ya.

Sabtu, 10 Oktober 2015

My Siblings.

Image result for siblings tumblr

Assalamualaikum and hi everyone? *lambai tangan*

1233. Aku masih belum tidur. Sambil berblogging sambil teman ayah buat kerja. Sambil aku sendiri ditemani segelas susu segar buatan aku sendiri yang lazat lagikan fuhhh sedap yakmatt. *ops terpuji pulak*

Okay, let we start. Nak cerita pasal apa? Em, aku terasa macam nak cerita pasal adik beradik aku. Yes, kakak dan adik lelaki aku. Sebelum tu aku jamahkan sikit gambar depa *lihat di bawah*

My sister and I.


Ajwad and I.

Kakak? She's the only one yang paling aku sayang walaupun aku agak sakit hati dengan perangai dia kekadang. Yelaaa suka baran tak tentu pasal. *her dark side. I'm sorry sis. But, deeply inside, dia baik orangnya. Penyayang. Well, dia kelakar. Same goes to me. Memang kami adik beradik mewarisi sifat ayah yang kelakar. Aku selalu share story dengan dia, Sebab aku perempuan dan dia pun perempuan -_- *ape entah yang aku merepek ni* Dia jarang ada dekat rumah. Sebab dia memang membesar dekat asrama -_- so, kalau dia balik tu, memang macam macam cerita la kami bincangkan sampai tak tidur malam dibuatnya. Pastu esok pagi bangun lambat kena marah dengan mak T_T *ampunkan kami mak*. Em, apa lagi nak cerita pasal dia? Segala annoying dia? Biar lah aku simpan di dalam kotak ingatan lagikan kenangan. Aicehwah ayat bling bling kau -_-

Sekarang kita cerita pasal ajwad pulak. Eh, bukan kita. Aku je. Sebab aku je yang tahu pasal dia. Hahaha. Whatever -_- Yes, dia memang sorang je adik lelaki yang aku ada. But, aku tetap suka panggil dia ajwad dari pangil adik. Sebab? Entahlah, takyah lah nak tahu sebab, aku bukan pernah fikir pun. Panggil ajwad sudah, Ajwad? Banyak annoying dari penyayangnya. Err, kalau bab ajwad ni bukan penyayang aku rasa. Dia more to manja. Kahkah. Sorry dik. Walau banyak mana pon annoyingnya, aku tetap sayang dia banyak lagi banyak dari dia punya annoying. Sebab? Aku tahu dia punya annoying tu pun sebab nak bermanja dengan aku. Err, ayat tu rasa macam nak telan kuning telur. *apa kena mengena* Hobi Ajwad? Pukul aku, buat aku nangis, dan semua lah yang seangkatan dengannya. Err, sehari tak menjerit, tak menangis, tak sah.

Okaylah mood aku tak berapa elok pulak nak teruskan cerita. Itu je lah kot yang aku nak cerita walaupun sebenarnya panjang lagi. Tapi takpelah, maybe next time.
Actually, *baru lepas angkat call* Mood aku jadi tak best pulak tiba tiba. 

Okaylah, chow. Salam sayang, BalqisRadzi. Hanya hamba bukan sesiapa :)

Rabu, 16 September 2015

Can't slepp.

Assalamualaikum. Wahai dunia yang penuh manusia manusia yang sudi membaca blog aku. Kehkeh. Em gua saje je on sebab dah lama gua tak update. So, gua cuma nak bagitau esok gua sekolah and mata gua still tak boleh nak lelap mahupun bermimpi. Gua nak tido. Sobs sobss. Gua rasa macam cerita gua yang dulu dulu macam sedih mendung awan kelabu je. So gua rasa gua ni jenis emotional babe. Kahkah. Well. Perempuan. Leklek. Sekarang gua rasa hidup gua better la dari dulu. Rasa aman like merdeka. Yeayyy. 😁 Kk. Dah la. Penat merepek. Gua sayang je orang yang usha usha blog gua ni. Moral of the story? Semua yang kita ada, semua milik Allah.
#saja guna 'gua', nampak cem bro bro sikit. Ekeke. Ayee lembut orangnyee. 😒
#kalau tak faham, buat buat la faham.

Sabtu, 20 Disember 2014

No more 'Hiburan' .

Assalamualaikum :) Hi semua orang *lambai tangan* .


Penghibur semua orang ? Kalau hampa rasa hampa penghibur semua orang , hampa silap . Sebab aku tak pernah terhibur . Dan hampa pemusnah hidup aku . Disebabkan hampa aku trauma . Disebabkan hampa aku fobia . Disebabkan hampa aku selalu hilang semangat . Itu dipanggil hiburan ? Hiburan untuk hampa dan seksaan untuk aku . Aku akan ingat semua kata kata yang pernah diucapkan kepada aku . Aku ada hati , jiwa , jantung dan perasaan yang aku sendiri kena jaga . Aku kuat , aku ada Allah :) Jyeah !

Khamis, 11 Disember 2014

This is My Life .

12.December.2014.
Assalamualaikum . Hii :) Semua sihat ? Alhamdulillah moga sihat selalu :)

Em , dah pagi ni . Tapi aku masih tak boleh tidoo . So , aku on lappy and terus log in sini . Actually , have something i want to write . Hm . I don't kow why , sometimes people always told me 'weh , asal pasrah ? Sikit sikit pasrah . Deret buat sedih je hang . Deret pasrah je . Muka hang ja mesti pasrah . Status hang je mesti pasrah ." Well , this is my life . Orang tak lalui apa yang aku lalui . Orang tak faham apa yang aku lalui . Orang tak tahu apa yang aku lalui . Aku cuma tulis ikut kata hati . So please stop judging me . Sometimes , aku cuma perlu sebatang pen dan sehelai kertas untuk luahkan apa yang aku rasa . Tapi , Allah adalah sebaik baik tempat untuk aku luahkan segala rasa . Last but not least , aku kuat sebab aku ada Allah :)

*Tinta Si Gadis*

Jumaat, 5 Disember 2014

Happy Birthday To Me :)

Assalamualaikum . Heyyo semua pembaca :)

5 . December . Today is my birthday and sepatutnya aku happy ! Tapi , this is my bad day . Ada je makhluk makhluk perosak mood happy aku . Sedih betul hidup . Aku cuma nak happykan diri aku sendiri dan ada je manusia yang akan menghancurkan perasaan happy aku . Thanks buat mood aku rabak teruk dear haters :) Okay now aku nak ucap thanks a lot for my mum sebab lahirkan angah kat dunia ni untuk merasa suka duka duniawi . Takkan sebab haters tuh , aku nak sedih kot kan ? Oh please . Memang lah aku sedih >< Hahaha . Whatever . Angah sayang mak :)


Sabtu, 29 November 2014

Rindu .

Assalamualaikum . Hi alls :)

Sekarang kan dah cuti sekolah . Rindu membuak buak dekat sahabat sahabat aku . Aku harap rindu aku berbalas :') Tahun depan mungkin kita dah takkan bersama selalu sebab aku dah buat keputusan untuk pindah sekolah . Aku pindah sebab aku dah tak dapat tahan hati yang terluka dengan memori yang mereka tinggalkan untuk aku . Tapi aku yakin persahabatan kita takkan putus sebab aku jaga ikatan persahabatan kita dalam doa sehari hari :) Tiada siapa yang dapat menggantikan hampa dalam hati aku . Sahabat dunia akhirat . Kadang kadang persahabatan memerlukan pengorbanan bukan ? Aku nak kejar cita cita aku dan banggakan kedua orang tua aku . Mohon sokong aku selalu . Tegur aku jika aku tersasar . Tarik aku jika aku terkandas .  Persahabatan ni adalah hadiah terindah untuk aku kenang sampai bila bila .

Isnin, 10 November 2014

Gbb's Family :)

Assalamualaikum yaa ahli blogger :3 Heyyo wahai pembaca blog aku yang aku sendiri pun tak tahu siapa si gerangannya :3



Sedih . Hahaha . Aku hari hari sedih . Bila masa nak happy tak tau :3 Ada ja masa aku happy , tapi waktu aku happy tu cuma aku tak dak masa nak menaip . Hee . Whatever . Straight to the point . Aku sedih bila dia tak bertegur sapa dengan aku hari ni . Hm . Kadang kadang aku menyepi , hanya ingin dicari , hanya ingin dirindui . Aku tunggu hang tegur aku . Tapi , hang tak . Aku rasa seolah olah aku je yang cuba menjadi terbaik . Everyday aku tegoo hg dulu . Tapi , aku rasa aku pun nak dicari macam aku selalu cari hang . Aku cuma perlukan perhatian . Aku hanya insan yang mengemis kasih dari seorang kawan . Sob ~ Sob ~ Aku rasa macam aku ni tak penting pun untuk hang . Aku ada ka tak dak ka , sama jaa . Kadang kadang bila aku ada masalah , aku cuma nak seseorang ada disisi aku . Dengar story aku . Tak perlu kata kata nasihat . Tak perlu kata kata semangat . Hanya sedikit perhatian . Stay with me no matter what happen . Aku tak pernah rimas bila orang cari aku time orang ada masalah . Aku rasa seolah olah dihargai . Aku rasa seolah olah aku ni penting . Walaupon aku moody , aku takkan marah orang yg tegoo aku . Aku cuma nak bila aku moody and someone mucul depann aku and tanya aku 'yooo qis . okay ke ?' kalau aku tak jawab pun . at least aku akan senyum . Then lepas senyum tu , mood aku akan kembali bersinar . Aku tak pernah kesah nak berkawan dengan sesiapa pun . Aku cuma sayang . Sayang sangat sangat GBB's Family . Jannah , eyzah , atira , nina , farah , ain , nieya , nur , zahra , syasya . Tak bermaksud aku tak sayang kawan kawan yang lain . Semua aku sayang . Tapi gbb's family tuh seolah olah sumber kekuatan aku . Sebab tu bila gaduh atau salah paham diantara kita , aku jadi sedih . Sedih yang teramat sangat . Aku cuba usaha sedaya upaya perbetulkan balik keadaan seperti sedia kala . Aku sayangkan persahabatan ni . Makna persahabatan ni sangat penting untuk aku . Aku tak tahu nak explain macam mana perasaan aku bila sau hari nanti , aku terpaksa tinggal depa semua . Aku tak sanggup . Tapi takdir hidup aku . Aku terima semua . Aku yakin dengan perancangan Allah . Aku harap depa sayang aku macam mana aku terlalu sayangkan depa . Sayangi aku selagi ada :) Maafkan aku kerana selalu tidak dapat menjadi sahabat yang terbaik . Tapi aku tetap usaha okay :)

Isnin, 3 November 2014

Kita kan Sado :)

Assalamualaikum . Hye . Blink blink *kenyit mata* Hoi *lambai tangan* . Okay stop :3

Aku tak tau nak cerita cemana . Hm . Aku tahu aku ni memang orang yang selalu banyak masalah . Orang yang selalu sedih , nangis . Tapi , aku cuba kuat depan hang kan ? Aku cuba happykan diri aku kan ? Aku cuba buat hang ketawa kan ? Tapi , kalau aku je yang usaha semua tu , kalau hang tetap layan endah tak endah kat aku , hang jangka hati aku akan always sado ? Tak k tak . Aku tahu , semua orang ada masalah . Semua orang diuji . Tapi , takkan kita terus nak hidup dalam masalah ? Aku ada . Aku nak hang happy sekali dengan aku . Kadang kadang kalau hang moody , aku rasa macam aku punca . Kadang kadang kalau hang sedih , aku rasa aku jugak punca . Hang tau kan aku cuba jadi seorang sahabat untuk hang ? Kalau aku je yang selalu usaha semua tu , tapi hang tak , takkan aku terus dan terus nak hidup dalam kesedihan macam ni ? Aku faham apa yang hang lalui , tapi ingatlah , ada hikmah atas semua yang berlaku . Kita manusi tak pernah lari dari dugaan Allah . Allah rindu hamba hambaNYA . Hang tak boleh putus asa . Hang tak boleh terus bersedih . La Tahzan . Allah sentiasa bersama kita . Aku pun ada perasaan yang aku sendiri kena jaga . Aku pun ada hati yang aku sendiri kena lindungi . Tolong lah , jangn seksa aku dengan muka sedih hang tu . Please lah happy dengan aku . Kita kan sado :') Aku akan sentiasa sokong hang . Walaupun aku tak boleh tolong hang sekalipun , aku tetap boleh doa . Doa untuk kebahagiaan , ketenangan dan kejayaan hang . Please jadi sahabat aku yang dulu ? Aku mohon :)

Rabu, 1 Oktober 2014

Kawan Makan Kawan (Telan) :3

Assalamualaikum . Heyyo .

Today nak story about 'kawan makan kawan' . Tapi bila aku terfikir ayat 'kawan makan kawan' ni , aku terbayang kan "dia kukus kawan dia and makan time lunch or dinner" :3 HAHAHA . Tak lawak . Maklum la imaginasi tinggi . Kawan makan kawan ni dah pernah jadi pon dekat aku . So , bagi aku kawan tak matang je 'makan' kawan dia sendiri . Macam dah tak dak benda lain ja nak makan :3 Kawan makan kawan ni sama jugak macam dikhianati . Khianati kawan sendiri sebab ? Sebab dengki , sebab iri hati , sebab cemburu dengan kelebihan kawan sendiri and banyak lagi sebab sebab dia . So , okay la kan kalau aku berpendapat bahawa kawan yang suka makan kawan nie orang yang tak matang . Matang tak kira umur , saiz badan or rupa paras . Matang ikut pemikiran . Kadang kadang , budak budak pun lebih matang pemikiran dia dari orang yang dah besar panjang tapi asyik nak pentingkan diri sendiri ja . Motif aku menaip ? Hilangkan bosan . Isi masa sebelum tidur . Nasihat aku untuk kawan yang selalu khianati kawan sendiri nie , mohon ubah la perangai tu . What goes around , comes around . So , pandai pandai la fikir . Semua ada akal fikiran kan ? Use your brain wisely :)

Selasa, 30 September 2014

Down :(

Assalamualaikum . Heyyo . Aku dah lama menghilang :/ Hm now aku muncul . 30/9/2014 . 10.30 PM . Selasa . Don't know why aku down gila hari ni . Tak dak semangat . Tak tahu apa aku nak buat . Nampak aku senyum , ketawa , gelak tahap tak ingat , buat lawak , happy kan orang di sekeliling aku . Tapi semua tuh hanya lakonan untuk pulihkan semangat aku yang tengah down . Actually , nothing yang aku nak sampaikan malam ni . Just nak luahkan perasaan DOWN aku ni . Aku yakin aku tabah hadapi semua ni . Bila aku down ceni , mesti dalam fikiran aku terfikir ' Allah uji sebab Allah sayang . Mungkin semua yang jadi ada hikmah di sebaliknya . Aku kene kuat no matter what happen . No one can help pulihkan semangat aku kecuali aku sendiri ' . Berulang kali ayat ayat tuh terngiang dalam otak aku . Okay . Hm . Exam dah nak dekat . Study sampai muntah T_T

Sabtu, 23 Ogos 2014

My super girl :)

Assalamualaikum . She is my bestie :* Hangout sesama , buat keje gila sesama , melalak sesama , aku buat lawak then aku paksa dea gelak , aku tumbuk bahu dea bila aku tertekan , aku selalu story mory dengan dea , aku selalu usik perut dea :3 Hee . Sweet kan ? Sayang gilaa hg princess mokk :*Aku pernah gaduh dengan dea sekali je selama hampir 3 tahun kitorang kawan . Itupon sebab aku dengan dea buat perangai tak matang :3 Now , kitorang dah matang :3 Bajet matang je nie . Tapi , kitorang lhaa selalu settle kan masalah kengkawan yang lain . You is the important person after my family :) Harap persahabatan kita kekal sampai bila bila . Aaminn . Kami kuat sesama , kami tabah sesama , kami down sesama . Yang pasti kami takkan pernah menyerah untuk hadapi musuh musuh yang selalu jatuhkan semangat kami *peace yoww* Actually , aku ada lagi dua orang kawan yang agak rapat dengan aku . Tapi , she is the special one . Zahra , nieya , i hope we can friends until forever and ever :* And the last one , love my GBB :)

Jumaat, 11 Julai 2014

Fall For You (Favourite Song) .

Assalamualaikum . Hye :D

Sajaa nak share favourite song aku dekat semua :3 Aku suka sangat lagu 'Fall for you by_Secondhand Serenade' . Lagu nie special bagi aku and aku pon tatahu apa asbab nya :3 Actually , lagu nie dea yang kasi dekat aku . Eh , sapa dea ? Hahaha . Adalah dea seorang hamba Allah . Poyo k poyo  . Aku suka part 'Because a girl like you impossible to find . You're impossible to find' Lagu nie seolah olah bagi aku semangat dan mengatakan aku seorang perempuan yang susah dijumpai and something like that . Haha . Bila aku dengar lagu nie , membuatkan aku rasa tak nak and takkan mengalah untuk capai apa yang aku inginkan . Dan apa yang aku inginkan adalah ingin  menjadi seorang perempuan yg solehah dan yang paling penting jadi seorang anak yang baik untuk my lovely parents :) Mom , Dad , I hope i can be a great daughter for both of you and i will make sure that both of you can be proud of me . In shaa Allah :* Takkan ku lupa untuk mention nama -ii kesayangan aku - Eyzah - Nieya - Zahra - Nina - Farah - Atira - and actually ramai lagi sebenarnya . Cukup setakat itu sahaja :)

Ahad, 6 Julai 2014

Ujian Di Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum . Hye :)
Hm . Rasanya lama dah tak menjengah blog . Now i want story mory about my life :3 Start from 5 Julai 2014 aku diuji oleh Allah . Allah kurniakan aku penyakit . Ya Allah , sesungguh nya aku bersyukur dengan penyakit yang kau berikan pada aku di bulan yang mulia ini . Its called kifarah or kafarah dosa . Sakit sangat hanya Allah yang tahu . Aku kuat , aku cuba lawan . Aku tahu Allah uji sebab Allah sayang aku :) Mak , ayah terpaksa drive memalam semata mata nak hantar aku pi hospital . Rasa bersalah sangat sebab menyusahkan mak dengan ayah aku . Aku harap sangat aku dapat jadi seorang anak perempuan yang boleh mereka banggakan . AMINN :) Aku terharu sebab ada kawan yang caring pasai aku . Termasuk my beloved sister yang agak nakal . Mama , ayah , afieqah , eyzah , nieya , zahra and all my friends . I love them so much . Semoga Allah berkati hidup kami dan lindungi kami dari segala bencana . AMINN :)
#PrayForGaza.

Selasa, 11 Mac 2014

Stop nilai aku :D

Assalamualaikum . Hai :)

Today ada orang cakap 'qis tuh berubah sebab kan seorang lelaki' .. Hey , kejap ! Hmm , aku sayangkan ayah aku sebab tuh lha aku berubah . Ayah aku memang lelaki pon . So , kenapa hampa nak pertikaikan apa yg aku buat ? Salah eh kalau aku nak berubah ke arah yg lebih baik ? -_- Sayang - sayang sekalian , niat aku hanya Allah jeh yang tahu . Hampa tak payah nak jadi mulut tempayan sangat lha eh ? Ada otak guna keyh . Lagi satu , jangan asyik nak cari salah orang jeh , look yourself first :) Aku just nak tutup aurat , bukan dedah aurat . Aku masih dalam proses nak berubah ke arah yang lebih baik . So , tolong berhenti judge aku . Jangan nak patahkan semangat aku keyh . Lagipon , dah bosan sangat eh hidup hampa tuh sampai aku bole jadi topik utama dalam hidup hampa -,-' Daripada cakap yg buruk-buruk pasai aku , better hampa berzikir . At least , dapat jugakk pahala kan :) Syurga , neraka aku bukan terletak kat tangan hampa ! Haa ! Lagi satu .. Jangan busy body boleh ? Lantak aku lha nak berkawan dgn sapa-sapa pon . Walaupon kengkawan aku tak 'sebaik' hampa , yg pasti depa tak penah patahkan semangat aku nk berubah ke arah yg lebih baik . Semua orang bole berubah . So , tak payah nak kecoh - ii k ?

-Balqis ! Do the best for your life . Forget the haters :*-

Khamis, 6 Mac 2014

S.M.I.L.E :D

Assalamualaikum , Hai :)

Hee .. Tengok gambar tuh . Dea suruh apa ? senyum kan ? :) So , senyum lha . Even kita ada masalah besar sekalipon tetap lha tersenyum . Senyum kan sedekah ! Sebuah senyuman mampu menutupi seribu kesedihan . Senyum dan buktikan kita seorang yang tabah dan seorang yang kuat tempuhi segala dugaan dan cabaran . Senyum dan terus senyum lalui hidup dengan indah walaupon tak berapa nak indah . Haha ! Orang yang senyum kan nampak manis , comel gituh .. Peewitt >_<

Isnin, 3 Mac 2014

Forgets The Haters :*


Hee :') tengok ayat tuh . Its me . Haha . Now aku akan cuba jadi lebih tabah untuk hadapi 'haters-haters' aku . Well , people always judging each other *broken english maybe* Sangat sedih bila aku cuba nak berubah , pastu orang patahkan semangat aku . Gelakkan aku . Perlekehkan semangat aku . Kekadang aku rasa mcm nak give-up . Tapi , bila aku pikir-pikir balik .. Syurga , neraka , bukan depa yang tentukan . So , aku cuba positifkan diri and berlakon tabah depan kengkawan ^_^ I know who i am n i know i can :)

Isnin, 24 Februari 2014

Cuba Menjadi Sahabat :')

Assalamualaikum . Hai :)

Salah ke kalau aku nak nasihat kawan aku sendiri ? :( Aku cuma nak jadi seorang sahabat yang ada time susah dan senang .. Aku bukan nya nak marah hg .. Aku cuma nasihat hg .. Aku tak pernah doakan yang tak baik untuk kengkawan aku . Aku cuma nak tngok kengkawan aku bahagia .. Aku nasihat untuk kebaikan diri hg jugakk . Aku tak nak hg rosak ..Kalau lelaki tuh sayang hg , dea akan terima diri hg seadanya . Dea takkan menduakan hg . Hg berubah demi dea . Berubah ke arah keburukan bukan ke arah kebaikan .. Perangai hg sekarang jauh berbeza . Aku taw , hg meluat bila aku nasihat hg . Hg mcm maw tak maw ja dengaq .. Aku tak kisah , yang aku taw , aku dapat nasihat hg . Tapi , nak buat mcm mana ..... Hg lebih pilih lelaki tuh dari kawan hg sendiri .. Kalau itu dah jalan yg hg pilih , aku redha .. Aku sentiasa doakan kebahagiaan hg ... Kalau hg tak nak aku masuk campur dalam urusan hg , okayy .. Aku takkan masuk campur dahh . Tapi , jangan sebab benda nie , hg nak masam muka dgn aku , nak moody dengan aku . Aku cuma nak yg terbaik untuk hidup hg . Jauh sekali nak tengok hg kecewa . Aku tak suka tengok kengkawan aku nangis . Pikir lah yg terbaik untuk hidup hg okayy ? Kalau ada masalah , cari lah aku .. In Shaa Allah .. Aku sentiasa ada untuk kengkawan aku :')

-Khas Untuk Kengkawan Aku-