Halaman

Jumaat, 7 Oktober 2016

Mental koyak, kalini aku rebah :')

Image result for trying to wake up from pain

Assalamualaikum, 

Orang? Tetap akan berbicara buruk, tetap akan terus menilai, tetap akan terus menghukum dan tetap akan pandang kesalahan yang telah dibuat. Kita? Diri sendiri yang tanggung semua itu. Diri sendiri yang tetap terus akan dikutuk, diri sendiri yang akan terus dihukum, dan diri sendiri yang akan dipandang rendah oleh orang lain.

Semua orang hanya tahu menilai, menghukum, dan mengata. Ya aku tahu itu memang satu kesalahan. Tetapi aku juga manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku bukan maksum yang akan tetap terus baik tanpa dosa. Tolong ingat! Aku manusia, dan kau juga manusia.

Hari ini aku yang telah melakukan kesilapan dan mungkin hari esok kau juga akan melakukan kesilapan dan kau juga akan dihukum. Orang, akan tetap terus dan terus ingat satu kesilapan yang telah dibuat walaupun telah beribu kebaikan yang dicurah dahulu. Nama pun manusia dah memang begitu caranya.

Tetapi tidak adil. Hanya kesalahan aku yang ditunjuk, ditayang, dan diperkatakan oleh semua orang. Kesalahan dibuat untuk mematangkan seseorang dan bukan untuk dijaja oleh semua orang. Sedangkan aku di sini, mencari kembali kekuatan semangat untuk terus hidup menghadap dunia. Ianya mengambil masa yang lama untuk aku kembali kuat, kembali maju terus ke hadapan. Sekali aku jatuh, aku akan terus rebah dan rebah.

Ya, aku tidak layak untuk mempertikaikan apa yang telah terjadi. Sebab aku hanya hamba dan Allah yang telah mengatur segalanya. Aku tahu ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Tetapi, Ya Rabb.. Kau pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk terus kembali bangkit menghadap dunia untuk hari hari yang seterusnya. Aku rasa aku lemah. Tetapi Allah takkan menguji seseorang itu jikalau Dia tahu hambaNya lemah. Jadi? Mungkin aku seorang yang kuat untuk menggalas dugaan kecil ini. 

Aku hanya meluah dalam bentuk coretan.
Salam sayang dari seorang hamba.
Hanya hamba bukan sesiapa :')

Selasa, 19 Januari 2016

Strong.

Assalamualaikum and heyyo to all people :)
Hey there? Sini lah aku nak cerita ^^

Nak tahu kenapa tajuk entry aku kalini macam tu? em em sebab ada kawan aku sorang ni, tanya aku, 'qis, how to be strong? please teach me how to be strong.'

Aku pun dengan perasaan gundah gelananya terus balas, 'kenapa ni? ada masalah ke? cerita la kalau rasa nak share, im here. i can hear you.' alele nampak tak betapa caring nya aku terhadap kawan kawan aku :3 of course la kena caring babe. nama pun kawan kan? ^^

So, setelah berhempas pulas nasihatkan dia supaya dia tabah seperti selalu, aku pun terasa nak share la dekat sini.

Image result for how to be strong tumblr quotes

First, sebagai seorang manusia yang tak pernah lari dari masalah, kita mestilah, hendaklah, haruslah, cuba untuk tidak lari dari masalah. Sebab lari bukan lah jalan penyelesaiannya. Cuba relaks, tenangkan fikiran, tarik nafas hembus nafas, inat Allah, then baru lah boleh fikir untuk cuba selesaikan masalah yang datang.

Second, untuk jadi seorang yang kuat atau lebih dikenali sebagai tabah, kita mestilah, hendaklah, haruslah dan juga sangat sangat mesti cuba tayang muka macam orang takdak masalah. hahaha.  Okay okay. Mungkin orang akan cakap, 'ingat senang ka nak relaks? bukan hg yang rasa. aku yang rasa. hg tak berada di tempat aku' aicehwah, jangan emosi sangat. huhu. kena marah pulak. sobs sobs.Yes. memang aku tak berada di tempat hg dan tak semestinya hg seorang je yang dalam dunia ni yang ada masalah kan? Kalau nak kira manusia dalam dunia ni, sejumlah kecil yang boleh dikatakan kurang masalah. Dahtu, bila ada masalah, cuba la berfikiran positif sikit. Contoh, 'em bukan aku je yang ada masalah. entah entah ada lagi orang yang masalah dia lagi teruk daripada aku. alhamdulillah aku akan cuba selesaikan masalah aku' senyum jangan lupa ya teman teman. Kerana senyum itu adalah salah satu penguat semangat kita :)


Kita tak pernah tau sekuat mana kita dan setabah mana kita, sampai la suatu masa nanti menjadi seorang yang kuat dan juga tabah adalah hanya satu pilihan yang kita ada.

Kita tak boleh nak expect semua orang faham kita. Kita juga tak boleh nak expect manusia manusia di sekeliling kita takkan jadi masalah kepada kita. Manusia ni lain lain weh. Paling senang cakap, manusia ni banyak ragam. So, sebagai salah seorang manusia dalam muka bumi Allah ni, kita kena lah saling memahami, bertolak ansur dan berfikiran positif selalu. Sebab dunia ni bukan syurga dan dunia ni kita kongsi. Kena faham konsep tu ya teman teman :)

Salam sayang, balqisradzi ^^